Tak tahu apa 3 Khasiat Penting Bawang Besar Atau Bawang Holland🧅?
Di dapur Ummihanah, Bawang Besar atau lebih dikenali sebagai Bawang Holland memang wajib ada! Ia adalah salah satu bahan dapur yang sering digunakan dalam masakan harian rakyat Malaysia. Saiznya yang besar, rasanya manis berair, dan aromanya yang wangi bila ditumis memang menambah selera.

📌 Asal Usul & Nama
Kenapa dipanggil Bawang Holland?
Nama ini popular kerana dulu Bawang Besar banyak diimport dari Belanda (Holland). Tapi sekarang, Bawang Besar datang dari pelbagai negara seperti India, China dan Pakistan; malah ada juga hasil tempatan.
🌿 Khasiat Utama Bawang Besar
1️⃣ Kaya Antioksidan
3 Khasiat Penting Bawang Besar Atau Bawang Holland mengandungi quercetin dan flavonoid, iaitu antioksidan semula jadi yang membantu melindungi sel badan daripada radikal bebas.
2️⃣ Sumber Vitamin C & B6
Selain menambah rasa dalam masakan, 3 Khasiat Penting Bawang Besar Atau Bawang Holland juga membekalkan vitamin penting seperti Vitamin C untuk kuatkan sistem imun badan, manakala Vitamin B6 yang menyokong fungsi saraf dan penghasilan tenaga.
3️⃣ Sifat Anti-Radang
Sebatian dalam 3 Khasiat Penting Bawang Besar Atau Bawang Holland mampu mengurangkan keradangan dalam badan. Ini membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit jantung.
Nak cerita kegunaan Bawang Besar dalam masakan lagi banyak. Bawang besar sangat popular untuk ditumis bersama bawang putih, halia dan rempah ratus. Tumisan bawang besar menaikkan aroma masakan seperti sup, kari, sambal dan lauk pauk tradisional. Bawang Besar juga memberi aroma manis semula jadi selepas digoreng. Hmmm sedapp… Paling menarik apabila Bawang Besar dijadikan kerepek. Tekstur kejadiannya sangat rangup & aroma sangat wangi! Tu lah wujudnya Ummihanah Kerepek Bawang sejak turun-temurun.
Selain dimasak, bawang besar boleh dimakan mentah dalam salad atau sebagai ulam. Rasanya yang manis dan rangup menambah kesegaran pada hidangan. Tu lah sebab kita makan bawang besar ketika makan sate. Mesti ramai penggemar sate, betul?
⚖️ Tips Penyimpanan Bawang Besar
- Simpan Bawang Besar di tempat kering, sejuk dan mempunyai pengudaraan baik.
- Elakkan menyimpan Bawang Besar di dalam peti sejuk kerana kelembapan penyebab Bawang Besar cepat busuk.
- Letakkan Bawang Besar di dalam bakul atau jaring bagi mengelakkan ia lembap dan berkulat.
💡 Menarik Untuk Diketahui!
✔️ Pernah menangis Ketika potong Bawang Besar? Ini adalah kerana Bawang Besar mengandungi sebatian sulfur yang boleh merangsang mata berair.
✔️ Bawang Besar ini juga mempunyai sifat antibakteria yang boleh membantu mencegah jangkitan ringan.
Semoga perkongsian 3 Khasiat Penting Bawang Besar Atau Bawang Holland ini bermanfaat untuk anda sekeluarga. Bawang besar bukan sahaja penambah rasa masakan tetapi juga pembekal khasiat penting untuk kesihatan keluarga anda. Jadikan bawang besar sebagai bahan wajib di dapur dan nikmati kerangupan, manis, berkhasiat di setiap hidangan!

