6 Tips Praktikal Melipat Baju Paling Cepat Dan Kemas

6 Tips Praktikal Melipat Baju Paling Cepat Dan Kemas

Ummi menulis ni khas buat mak-mak yang rajin dan sabar menjaga kebajikan rumah tangga dengan penuh kasih sayang. Adakah mak-mak sudah bersedia untuk ummi kongsikan 6 Tips Praktikal Melipat Baju Paling Cepat Dan Kemas ?

Ummi kalau diberi pilihan untuk lipat baju atau masak? Ummi sanggup masak dengan penuh bau makanan seluruh rumah berbanding lipat baju. Antara kerja rumah yang paling susah bagi ummi semestinya lipat baju dan iron baju. Tak pasti lah kalau ini pun kerja rumah paling susah buat wanita dan mak-mak sedunia.

Nampak baju-baju dalam gambar di atas dah dilonggokkan mengikut saiz? Itu baru permulaan nak lipat baju. Ummi dah susun mengikut saiz dan kategori (pakaian dalam dan pakaian luar; pakaian anak kecil; pakaian anak besar; pakaian ummi dan suami. Nanti ummi akan kongsikan kenapa perlu asingkan ikut kategori?

Asalkan tangan-tangan comel boleh duduk diam ditepi ummi dan hanya bermain dengan mainannya. Boleh lah ummi siapkan kerja rumah paling susah ni.

Rasanya pagi tadi dah lipat suku. Tak sempat juga nak siap. Petang ni sambung lagi melipat. Ni dah siap nanti baju di jemuran pula berbaris menunggu giliran dilipat. Begitu lah kitaran lipat baju yang tak berkesudahan setiap hari. Ummi pun cuba hadap dengan tenang. Sambil lipat baju boleh lah habis beberapa episod K-drama. Ooops!

Betul sangat melipat baju yang banyak memang boleh memenatkan kalau tak ada 6 Tips Praktikal Melipat Baju Paling Cepat Dan Kemas. Mak-mak boleh buat sendiri dan praktikkan di rumah. Cuba dulu dalam beberapa hari. Jika sesuai dengan mak boleh lah teruskan tips ni. Selain itu, mak-mak juga boleh ajarkan anak-anak turut serta dalam melipat baju mereka sendiri. InsyaAllah mak-mak pasti teruja untuk melipat baju dengan tenang tanpa rasa tertekan atau terpaksa. Mak- mak akan rasa gembira sebab sebahagian tugasan boleh diturunkan kepada anak-anak. Hasilnya, anak-anak juga dapat belajar ilmu kendiri demi masa depan mereka. Kan jimat masa sambil dapat pahala di sini.

Nak jimat masa, mak-mak ikut sahaja 6 Tips Praktikal Melipat Baju Paling Cepat Dan Kemas di bawah ni. Selamat mencuba!

1. Asingkan ikut kategori

Pisahkan dulu:

  • Baju T-shirt
  • Kemeja
  • Seluar
  • Tudung / kain kecil
  • Stokin / pakaian dalam


Kenapa?
Setiap kategori ada cara lipat tersendiri, jadi lebih laju kalau lipat jenis sama sekali gus. Contoh baju yang dah siap dilipat mengikut kategori seperti gambar di bawah ni.


2. Guna permukaan rata & luas

Contohnya: atas katil, meja makan, atau lantai bersih.
Buka semua baju, susun, dan lipat terus tanpa perlu pindah-pindah tempat.

 

3. Guna teknik ‘1 lipat pantas’

Contoh teknik popular:

  • KonMari (Marie Kondo): Lipat 2–3 kali, jadikan segi empat kecil, susun menegak (senang nampak semua baju).
  • Lipat 2 saat: Teknik Jepun ‘pinch and flip’ untuk T-shirt.

 

4. Pakai papan lipat baju

Kalau selalu lipat baju banyak (contohnya baju sekolah, baju anak ramai, baju bisnes bundle) – papan lipat baju sangat menjimatkan masa & semua baju sama saiz.

 

5. Ajak ahli keluarga bantu

Kalau banyak sangat, ajak anak-anak atau pasangan bantu. Bagi mereka tugasan: sorang lipat baju, sorang asing & susun.

6. Susun terus ikut laci/almari

Lepas lipat, jangan biar atas katil. Terus susun dalam almari ikut kategori. Contoh: laci 1 = baju kerja, laci 2 = baju rumah, laci 3 = seluar.

Sekian dahulu 6 Tips Praktikal Melipat Baju Paling Cepat Dan Kemas. Teruskan usaha dan kuat semangat untuk berbahagia bersama-sama keluarga tersayang. Jumpa lagi di penulisan tips seterusnya. Jaga diri k!


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *